Kes Covid-19 menurun lagi, rekod 5,434 kes


  • Primer
  • Isnin, 18 Okt 2021

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia direkodkan sebanyak 2.396,121 kes setakat Isnin.  — The Star
KES positif baharu Covid-19 di Malaysia dicatatkan menurun lagi pada Isnin dengan rekod sebanyak 5,434 kes berbanding 6,145 kes pada Ahad.

Berdasarkan hantaran akaun media sosial Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan jumlah itu, angka keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2.396,121 kes setakat ini.

Berdasarkan rekod di laman web CovidNow, setakat kemaskini pada 12 tengah malam tadi, seramai 134,180 individu telah menerima suntikan vaksin.

Daripada jumlah itu, seramai 115,302 orang telah lengkap divaksinasi, 16,216 orang pula menerima dos pertama dan selebihnya (2,662) adalah penerima dos penggalak.

Dengan penambahan itu, jumlah rakyat Malaysia yang telah divaksinasi kini meningkat kepada 47,838,886 orang. — Majoriti

Covid-19, Noor Hisham, Malaysia, positif, sembuh