KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menggandakan usaha beri kesedaran tentang kepentingan vaksin Covid-19 dan kali ini bercadang untuk bersemuka dengan kelompok antivaksin.
Pertemuan ini adalah untuk memberikan fakta dan penerangan berhubung vaksin berdasarkan kajian klinikal sahih.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Dr Noor Azmi berpendapat, kumpulan itu wajar diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin Covid-19.
Ini kerana, Dr Noor Azmi menegaskan KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono sebaliknya ia dibuat berdasarkan kajian dalam dan luar negara.
"Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (antivaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.
"Jangan kita cakap sini sana dan menyebarkan berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula," katanya menerusi sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara.
Tambahnya, KKM sudah pun menyatakan vaksin bukannya penyembuh sebaliknya bertujuan meningkatkan imuniti badan dan kajian juga menunjukkan terdapat kesan penurunan antibodi selepas enam bulan divaksin sekali gus memerlukan individu berkenaan diberi dos penggalak. — Bernama