Jangkitan Covid-19 menurun lagi, 14,345 kes baharu direkod


  • Primer
  • Isnin, 20 Sep 2021

SARAWAK mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini semakin menurun apabila merekodkan 14,345 kes baharu, menjadikan keseluruhan 2,112,175 kes setakat Isnin.

Jumlah itu dilihat menurun berbanding 14,954 kes yang direkodkan pada Ahad.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,611 jangkitan baharu. Ia diikuti dengan Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255) dan Pulau Pinan (1,170).

Selain itu, Perak dengan 1,090 kes, Kelantan (1,050), Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162) Negeri Sembilan (125), dan Perlis (51).

Putrajaya dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 11 dan 0 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 23 kluster baharu telah dikesan dan menjadikan keseluruhan 5,305 kluster setakat ini.

Daripada jumlah itu, katanya, 3,970 kluster telah tamat manakala 1,335 lagi masih aktif.

Katanya, sebanyak 16,814 kes sembuh pada Isnin, menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 1,880,736 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,167 kes, manakala 636 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid-19, KKM, kes baharu