Utamakan tiga aspek pencegahan sebelum rentas negeri


  • Massa
  • Ahad, 17 Okt 2021

LAM Thye turut menasihatkan supaya orang ramai mematuhi SOP semasa pulang ke kampung atau bercuti. — The Star

PERGERAKAN antara negeri untuk pulang ke kampung atau bercuti menjadi semakin rancak selepas kerajaan memberi kelonggaran aktiviti rentas negeri.

Bagaimanapun dalam keterujaan dan keriangan untuk melakukan aktiviti berkenaan, aspek pencegahan melibatkan jenayah, kemalangan jalan raya dan penularan Covid-19 perlu diititik beratkan.

Perkara itu dikongsi oleh Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang memberitahu bahawa rakyat Malaysia mesti mengutamakan tiga aspek tersebut sebelum pulang ke kampung atau bercuti.

"Kalau pulang ke kampung, pastikan rumah berkunci dengan baik dan elakkan daripada meninggalkan sesuatu yang boleh memberi isyarat kepada penjenayah.

"Selain daripada itu, semasa dijalan raya beri tumpuan yang penuh kepada pemanduan, elakkan bermain telefon, jika penat berehatah terlebih dahulu di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau bertukar pemandu jika ada," katanya.

Tambahnya lagi, semasa di jalan raya pelbagai kesalahan dilakukan seperti membawa kenderaan dengan laju dan tidak ada konsentrasi boleh mengakibatkan kemalangan dan menyebabkan kematian.

Sementara itu, berhubung situasi semasa, Lam Thye turut menasihtkan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard semasa melakukan aktiiti rentas negeri.

Katanya perkara berkenaan sangat penting kerana banyak penularan Covid-19 berlaku kerana kegagalan orang-orang tertentu mengamalkan penjarakan fizikal.

Ini sangat penting kerana banyak penularan Covid-19 berlaku kerana kegagalan orang-orang tertentu mengamalkan penjarakan fizikal,” tegasnya.

“Bila keluar dari kereta, mesti memakai pelitup muka dan apabila berada di tempat awam, elak tempat ramai orang dan kekalkan penjarakan fizikal.

"Selain itu, disarankan juga supaya melakukan ujian saringan Covid-19 melalui kit ujian kendiri secara kerap," ujarnya.

Tambahnya lagi, sebaiknya kit ujian Covid-19 perlu dibawa bersama dan lakukan ujian apabila sampai ke destinasi.

Jelasnya lagi, pastikan keputusan ujian negatif bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung. — Sinar Harian