SEPANJANG Op Merah dijalankan di Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kata Pengarah JPJ negeri Mohamad Firdaus Shariff.
Menurutnya, sejak 8 Oktober, sebanyak 112 notis daripada 183 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan itu.
Beliau berkata, sebanyak 549 motosikal diperiksa dalam operasi itu di samping kesalahan lain seperti tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat lalu lintas jalan sehala.
"Kita mengharapkan penunggang motosikal ini terus mematuhi peraturan ditetapkan supaya mereka tidak merisikokan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
"Program advokasi sempena Op Merah ini juga dijalankan secara berterusan melalui kerjasama Unit Operasi dan Unit Keselamatan Jalan Raya dan Koporat terhadap penunggang p-hailing ini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan cara penunggangan berhemah," katanya kepada pemberita di Terminal Melaka Sentral di sini lewat malam tadi.
Dalam pada itu, Mohamad Firdaus berkata dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Kawalan Penyakit Berjangkit) yang dijalankan sejak kebenaran rentas negeri 11 Oktober hingga semalam sebanyak 152 bas ekspres dan 1,800 penumpang diperiksa melibatkan perjalanan bas ekspres kesemua destinasi seluruh semenanjung negara.
"Pemeriksaan dilakukan ialah pemeriksaan terhadap bas ekspres, lesen pemandu dan sebagainya selain pemeriksaan buku log pemandu bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas yang melebihi jarak 300 kilometer atau empat jam berterusan.
"Selain itu penekanan dilakukan bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pengimbas Kod QR MySejahtera, cecair pembasmi kuman selain memastikan penumpang menaiki bas telah lengkap menerima dua dos vaksinasi," katanya.
Tambahnya, dalam operasi itu tiga kompaun telah dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah RM4,500 terhadap pengunjung yang gagal mengimbas aplikasi MySejahtera ketika memasuki terminal bas berkenaan. — Bernama