Semakin menurun, Malaysia catat 6,145 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Ahad, 17 Okt 2021

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 hari ini menurun berbanding 7,509 kes pada Sabtu.
MALAYSIA mencatatkan sebanyak 6,145 kes Covid-19 baharu pada Ahad, menurun berbanding 7,509 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,390,687 kes setakat ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan, Noor Hisham berkata, 6,003 kes atau 97.7 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 142 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 9,231 kes sembuh baharu direkodkan pada Ahad, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,270,520.

Selain itu, setakat hari ini, seramai 682 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU), dengan 350 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 9 kluster baharu dicatatkan pada Jumaat menjadikan jumlah kluster meningkat kepada 5,672. Daripada jumlah berkenaan, hanya 676 kluster yang masih aktif.— Majoriti