Vaksin Covid 19: 200,000 penerima tiada dokumen pengenalan diri


  • Primer
  • Sabtu, 16 Okt 2021

KHAIRY berkata, bagaimana pun ia tidak membawa makud bahawa jumlah itu mewakili warga asing.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenalpasti sekurang-kurangnya 200,000 penerima vaksin Covid-19 di negara ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimana pun ia tidak membawa maksud bahawa jumlah itu mewakili warga asing kerana individu terbabit hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa membawa dokumen pengenalan diri.

Pada sama sama, beliau berkata, seramai 3,006,987 daripada 24.7 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di negara ini terdiri daripada warga asing.

"Bagaimanapun, lebih ramai yang datang untuk divaksinasi menggunakan pasport atau dokumen bekerja yang tamat tempoh," katanya dalam sidang media selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 pada Sabtu. — Majoriti

Menyusul...