SETAKAT ini tiada sebarang keputusan diputuskan oleh kerajaan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, kerajaan menggalakkan individu yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 untuk berbuat demikian bagi menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancarkan urusan untuk pulang ke kampung halaman.
"Malah untuk urusan beribadah seperti mengerjakan Umrah juga diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya yakin syarat yang sama akan diberi untuk kebenaran mengerjakan Haji yang dijangka bermula tahun depan.
"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan arahan kepada kakitangan kerajaan untuk mengambil vaksin kalau tidak akan dikenakan tindakan.
"Mindef (Kementerian Pertahanan)... telah mengeluarkan arahan iaitu siapa (anggota tentera) yang tidak mengambil vaksin dianggap melanggar arahan Mindef, jadi ini gambaran dia seperti wajiblah," katanya pada sidang media selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak pada Sabtu.
Sementara itu, bercakap mengenai kumpulan antivaksin yang menyebarkan berita palsu, Ismail Sabri berkata tindakan tegas wajar dikenakan terhadap kumpulan itu.
"Antivaksin ini mengeluarkan cerita-cerita yang tidak betul, fitnah, berita palsu dan sebagainya dan memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh diambil tindakan untuk penyebaran berita palsu.
"(Tindakan) bukan kerana mereka antivaksin, tetapi kerana berita yang mereka sebarkan adalah berita palsu, jadi kita boleh ambil tindakan dan kita setuju dengan apa yang KJ (Khairy Jamaluddin) cakap semalam," katanya. — Majoriti