SEKURANG-kurangnya dalam tempoh dua tahun, semua 67 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendapat lif baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerja-kerja penggantian lif itu dijangka dimulakan awal tahun depan selepas proses perolehan kontrak selesai dengan peruntukan sebanyak RM127 juta disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
"Lif ini sangat penting di mana-mana PPR pun untuk pergerakan penduduk dan kerajaan memandang serius masalah ini (lif lama dan rosak).
"Saya berharap proses perolehan dapat dipercepatkan dan jangka masa (kerja penggantian lif) mungkin setahun hingga dua tahun bergantung kepada kontrak dan jumlah blok bagi setiap PPR," katanya pada sidang media selepas meninjau PA Seri Perak pada Sabtu.
Pada masa sama, beliau berkata, daripada keseluruhan peruntukan, sebanyak RM8.4 juta disalurkan kepada PA Seri Perak bagi kerja-kerja penggantian 14 unit lif di tujuh blok selain RM1.8 juta bagi tujuan pendawaian elektrik di kawasan perumahan tersebut yang telah berusia 35 tahun itu.
Beliau berkata di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), kerajaan memperuntukkan RM15 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaiki kemudahan seperti longkang, kaki lima, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang futsal di semua PPR dan PA di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ismail Sabri kerajaan sedang meneliti beberapa kaedah termasuk cadangan membina bangunan meletak kenderaan bertingkat untuk mengatasi masalah kekurangan tempat meletakkan kenderaan di kawasan PPR dan PA . — Majoriti