SASARAN kerajaan untuk meningkatkan purata pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM10,000 menjelang 2025 adalah terlalu 'bercita-cita tinggi' dan seharusnya lebih berasas.
Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Datuk Dr Barjoyai Bardai berkata, beliau menyarankan agar kerajaan mengubah sasaran berkenaan kepada purata pendapatan bagi golongan pertengahan kerana ia lebih berasas.
"Sekarang ini purata pendapatan golongan pertengahan adalah RM5,000. Kalau kita dapat meningkatkan purata tersebut kepada RM7,500 hingga RM8,000, itu dikira cukup bagus.
"Masalahnya lebih 50 peratus golongan pertengahan di Malaysia menerima gaji sekitar RM2,000 atau kurang. Nilai tersebut sangat rendah kerana kadar miskin bandar adalah RM2,500.
"Mungkin kerajaan boleh meletakkan matlamat untuk menaikkan gaji golongan pertengahan kepada RM5,000 melalui cara meningkatkan produktivi pekerja," katanya kepada Majoriti.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sasaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Ismail Sabri menyatakan beliau optimis purata pendapatan isi rumah negara boleh mencecah RM10,000 menjelang 2025 serta meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus setiap tahun.
Dalam perkembangan berlainan, Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan perlu menetapkan syarat tertentu kepada para pelabur asing bagi meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini.
"Kita boleh meletakkan syarat meminta pelabur membawa masuk teknologi yang tinggi bagi golongan pekerja sektor pertengahan dan tinggi.
"Contohnya seperti industri pengeluaran, sudah tiba masanya guna peralatan automatik. Dalam bidang pengurusan pula, digalakkan menggunakan aplikasi sepenuhnya dalam urusan pekerjaan.
"Dalam tempoh lima hingga 10 tahun, jika semuanya sudah beralih ke digitalisasi, barulah Malaysia boleh bergerak sebagai negara maju," ujarnya.
Jelasnya lagi, sekiranya Malaysia mampu melangkah ke peringkat negara maju, mobiliti pekerja tempatan tidak akan terhad.
"Rakyat Malaysia boleh bekerja di Eropah misalannya jika kemahiran kita sudah setaraf dengan mereka. Sebenarnya, kemahiran pekerja tempatan buat masa ini perlu diasah lagi cuma tiada platform sesuai," menurut beliau lagi. — Majoriti