PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 1,149 helai seluar sukan tiruan berjenama membabitkan nilai rampasan RM80,430.
Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA, Supt Azhari Nusi berkata, pihaknya menahan lelaki tempatan di tepi Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas pada Khamis pada jam 2 petang.
Azhari berkata, rondaan yang dilakukan anggotanya mendapat sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang ditahan dipandu suspek berusia 31 tahun.
"Pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu menjumpai enam guni berwarna kuning yang berisi seluar sukan atau track suit berjenama yang disyaki tiruan," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, lelaki yang ditahan berasal dari Pengkalan Chepa itu turut gagal mengemukakan dokumen berkenaan muatan yang dibawa dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
"Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Rantau Panjang manakala kesemua barangan rampasan dan kenderaan bernilai RM200,430 diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk siasatan seterusnya," katanya. — Majoriti