SELAGI pemimpin 'kluster mahkamah' masih menguasai dan menentukan dasar dan hala tuju Umno, selagi itulah parti tersebut akan terus terpengaruh oleh dasar dan juga keputusan yang pernah dilakukan sebelum ini, kata pakar politik, Profesor Madya Dr. Jeniri Amir.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Umno dilihat masih terperangkap dengan lingkungan tradisi lama yang menyukarkan parti itu bangkit dan berubah.
"Betul apa yang dikatakan Tengku Razaleigh itu, Umno tidak akan berubah kerana pemimpinnya masih lagi mengutamakan kepentingan peribadi untuk melepaskan diri dan sebagainya.
"Kita sudah lihat apa yang berlaku dalam tempoh masa dua tahun ini, siapa yang menentukan hala tuju Umno kalau bukan Zahid dan Najib, selagi mereka terperangkap dengan lingkungan tradisi lama, selagi itu sukar untuk mereka bangkit daripada sekarang," katanya kepada Majoriti pada Jumaat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perubahan yang diharapkan dalam Umno kini semakin mustahil untuk berlaku.
Beliau berkata, kesukaran itu disebabkan Umno masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dan politik wang.
Beliau menjelaskan, perkara itu menjadi lebih parah apabila sikap ahli-ahli parti yang amat mudah menerima pandangan mereka yang berpangkat.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perubahan yang diharapkan dalam Umno kini semakin mustahil untuk berlaku.
Sementara itu menyentuh mengenai Raya Negeri (PRN) Melaka, Dr Jeniri berkata, keputusan BN bertanding secara solo akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk mengukuhkan kedudukannya.
"Apabila mereka membuat keputusan untuk bertanding secara solo pasti ada sebabnya.
"Pandangan saya, sebaiknya mereka bertanding bersama Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) kerana harus diingat kedua parti ini cukup besar dari segi jumlah ahli dan juga jentera akar umbi yang cukup kuat.
"Tapi apabila mereka buat keputusan untuk bertanding sendiri, sudah tentu akan timbul masalah perlawanan terbuka dalam pertembungan tiga parti iaitu Pas, Bersatu dan Umno dan sekaligus akan menjejaskan peluang mereka untuk mengukuhkan kedudukannya," katanya.
Katanya, Umno berkemungkinan membuat keputusan untuk bertanding secara solo di atas keyakinan bahawa parti itu mampu meraih kemenangan besar.
"Berdasarkan pola pengundian tahun 2018 hanya 25 peratus sahaja pengundi Melayu menyokong Pakatan Harapan (PH). Jumlah itu diperoleh PH walaupun dalam keadaan imej BN dan Umno belum teguh.
"Saya fikir mereka membuat keputusan atas keyakinan itu.
"Berkaitan isu pendaftaran MN itu sebenarnya, kalau mereka betul-betul mahu bertanding atas kapasiti itu, mereka sepatutnya usahakan sebaik mungkin. Tapi apa yang kita lihat ia tidak berlaku mungkin sebab PAS kini dilihat begitu mesra dengan Bersatu," katanya.
Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam MN berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.
"Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.
"Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik," katanya.