SHAHIDAN memaklumkan pemasangan CCTV dengan ciri AI itu akan membantu DBKL dan PDRM. — Bernama
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang sebanyak 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) dengan ciri kecerdasan buatan (AI) dalam usaha untuk menambah baik pengurusan pengangkutan bersepadu di sekitar ibu negara.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, sebanyak 3,000 CCTV sudah dipasang bagi pengurusan sistem trafik pintar, pemantauan jenayah, pemantauan komuniti dan pemantauan aset DBKL.
Baki 2,000 CCTV lagi akan dipasang menjelang akhir tahun ini untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemantauan jenayah.
"Sistem AI yang digunakan boleh mengesan kejadian dan situasi masa nyata seperti jalan berlubang, tumpahan simen dari lori serta penjaja haram di jalanan.
"Melalui notifikasi peristiwa tersebut, ia amat membantu DBKL dalam melaksanakan kerja-kerja pemantauan, pencegahan, penguatkuasaan dan juga penyelenggaraan serta telah terbukti dapat mengurangkan penggunaan bajet penyelenggaraan pencegahan oleh DBKL," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penjenamaan semula Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) kepada nama baharu Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah Shahidan, sistem terbaharu itu dilengkapi dengan kebolehan untuk mengumpul, memproses dan memberi maklum balas mengenai data yang dikumpul dari sekitar ibu kota yang mampu membantu DBKL menggunakan data secara cekap dan efektif untuk tindakan lanjut.
"Pelbagai sistem tunggal yang sedang digunakan oleh DBKL seperti sistem pelesenan, sistem penguat kuasa dan sistem pengangkutan seperti sistem lampu isyarat serta Go KL City Bus akan diintegrasikan kepada sistem bandar pintar tersebut.
"Pemasangan CCTV dan sistem berintegrasi itu juga mampu membantu pemantauan dan pencegahan aktiviti vandalisme serta membantu menambah baik sistem penyelenggaraan dan perlindungan aset.
"Selain itu, usaha DBKL juga melibatkan pemasangan 140 unit VMS (Sistem Pemantauan Kenderaan), pemasangan 42 butang panik di taman awam serta pemasangan 78 unit pembesar suara yang akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini," katanya.
Jelas beliau, pemantauan kerosakan jalan, meneliti garisan jalan yang telah pudar, kerosakan lampu jalan dan lampu isyarat, pokok tumbang serta pengesanan kesalahan trafik yang menyebabkan kesesakan juga boleh dilakukan menerusi sistem tersebut. — Bernama