SHAHIDAN berkata, masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah PPR dan bantuan kewangan. —Bernama
DATUK Seri Dr Shahidan Kassim bukan sahaja menerima panggilan mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur, sebaliknya juga berkaitan permasalahan lain yang perlu diberi perhatian sebaik sahaja berkongsi nombor telefon peribadinya.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan bantuan kewangan.
"Saya terima lebih 1,000 panggilan telefon sehari, bukan aduan jalan berlubang sahaja tetapi bermacam-macam sampai telefon saya ‘jammed’ (tidak dapat berfungsi). Ada juga yang sengaja call (hubungi) tanpa sebab.
"Saya berusaha untuk melayani setiap panggilan namun saya juga minta maaf kerana tak dapat menjawabnya. Jadi, saya minta mereka untuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS)," katanya.
Pada Khamis, Shahidan dalam sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya, menyebut nombor telefon peribadinya untuk dihubungi bagi membuat aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, beliau turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah. — Bernama