Bekalan air mula disalurkan sekitar Lembah Klang jam 5 petang ini


  • Primer
  • Khamis, 14 Okt 2021

ORANG ramai terpaksa menadah air keperluan ekoran krisis gangguan bekalan air di sekita Lembah Klang sejak semalam. — AZHAR MAHFOF/The Star
BEKALAN air kepada pengguna di sekitar Lembah Klang akan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 5 petang Khamis, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menurutnya, kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI) siap dilaksanakan, pada Khamis.

"Sehingga jam 6 pagi sistem rawatan air di LRA SSPI sudah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza.

"Ini bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya. — Majoriti

Air Selangor, belakan air, LRA SSPI