KERJA penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka akan siap pada jam 11 malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Baseri berkata, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas bermula jam 5 petang Khamis.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata, Air Selangor akan menyediakan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian.
Tambah Elena, pengguna boleh merujuk senarai lengkap kawasan-kawasan yang terjejas, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Komersial di laman sesawang hentitugas.airselangor.com.
"Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya. — Majoriti