JABATAN Kesihatan Sarawak akan mula memberikan dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada penerima yang layak di negeri ini mulai Rabu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rosemawati Ariffin berkata, keutamaan bagi dos ketiga adalah golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah, yang dianggarkan berjumlah 11,900 orang.
Manakala bagi dos penggalak pula, pihaknya akan menumpukan warga emas berusia 60 tahun ke atas seramai 80,300 dan juga 30,340 petugas barisan hadapan di negeri ini.
"Setakat ini, kelulusan telah diberikan untuk vaksin yang mempunyai fungsi serupa dengan vaksin yang telah diberikan secara berturut-turut di peringkat awal (vaksin homolog).
"Selang dos dari tempoh terakhir vaksin Covid-19 untuk pemberian dos ketiga adalah sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua, dan untuk dos penggalak sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas Rosemawati, pemberian dos ketiga dan dos penggalak bukan bermakna vaksin yang diberi sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya usaha berkenaan bertindak sebagai satu perlindungan tambahan kepada golongan rentan.
"Golongan ini adalah dalam kalangan mereka yang bermasalah dengan sistem imun yang mana dua dos sahaja tidak cukup untuk memberi mereka perlindungan atau merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan Covid-19," katanya.
Tambahnya, dos ketiga dan dos penggalak akan diberikan di klinik-klinik kesihatan awam terpilih, hospital swasta dan klinik-klinik swasta.
Orang ramai yang layak boleh menghubungi klinik-klinik tersebut sekiranya mahu mendapatkan temu janji.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, Sarawak akan menjadi negeri pertama yang mula memberikan dos penggalak mulai bulan ini.
Kementerian telah meluluskan vaksin Pfizer bagi dos penggalak di negara ini. — Majoriti