SERAMAI 21,220,121 atau 90.6 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap divaksinasi setakat 11.59 malam Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, seramai 22,215,504 atau 94.9 peratus populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lalu meningkat kepada 43,321,275 dos bagi golongan dewasa.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Menurut KKM, sebanyak 209,534 dos vaksin diberikan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan dos diberikan meningkat kepada 46,044,734. — Majoriti