Tarikh endemik bergantung kepada kesan kelonggaran


  • Primer
  • Selasa, 12 Okt 2021

HISHAMMUDDIN mengulas tentang persediaan negara beralih ke fasa endemik Covid-19.

TARIKH sebenar untuk beralih kepada pelaksanaan fasa endemik di negara ini belum dapat ditentukan dan peralihan itu bergantung kepada kesan kelonggaran yang diumumkan kerajaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Mesyuarat ke-5 Menteri Kuartet Covid-19 pada Selasa sudah pun membincangkan mengenai perkara ini tetapi ia belum dapat diumumkan sehingga tiba waktu yang sesuai.

“Mesyuarat ada membincangkan tarikh tapi saya tidak boleh mengumumkan kerana 'hashtag' kita ‘reopening safely’. Jadi, apa yang kita mahu umumkan mesti bersandarkan kepada data dan fakta.

“Sekarang sekurang-kurangnya ada struktur yang kita lihat ke hadapan, ke arah fasa endemik.

"Cuma saya bimbang dengan kebenaran rentas negeri dan menghapuskan MyTravelPas, memikirkan rakyat kita keluar negara tak termasuk pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi kita akan menentukan (pengumuman fasa endemik) bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas kelonggaran-kelonggaran yang kita telah umumkan dalam beberapa bulan sebelum ini,” katanya. — Majoriti

Hishammuddin Hussein, Endemik, Covid-19