PEMISAHAN kuasa Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan Pendakwa Raya, kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob perlu dilihat bukan sahaja untuk kepentingan kerajaan sekarang atau parti politik tapi untuk kepentingan rakyat, kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menurutnya, pemisahan kuasa itu wajar dilaksanakan untuk memastikan keadilan undang-undang dan tadbir urus negara ke arah yang lebih baik.
"Sekiranya kerajaan memiliki keazaman yang tertinggi, saya kira perkara ini perlu dilihat bukan sahaja untuk kepentingan kerajaan sekarang mahupun kepentingan parti tapi untuk pentingan rakyat tanpa mengira idealogi politik.
"Selagi Peguam Negara di bawah Perdana Menteri dari segi kuasa dan pengaruhnya, selagi itulah persepsi umum menyatakan bahawa apa pun keputusan adalah dipengaruhi kuasa Perdana Menteri walaupun hakikatnya berbeza.
"Selalunya apabila berlaku pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri, pasti akan ada pendakwaan dilepaskan atau digugurkan seolah-olah persepsi tersebut benar walaupun rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya kepada Majoriti.
Terdahulu, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa bekas Timbalan Speaker Azalina Othman Said supaya membincangkan isu pemisahan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan Pendakwa Raya, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, memandangkan pelantikan Azalina sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Ismail, beliau sewajarnya membangkitkan isu penting itu ke peringkat tertinggi.
Pada masa sama, Awang Azman berkata, sekiranya pemisahan kuasa itu dapat dilaksanakan, ia merupakan salah satu daripada reformasi institusi yang perlu dilakukan dan dirai sekaligus meraih sokongan rakyat.
"Saya percaya jika perkara ini dilakukan ia dapat meraih sokongan daripada rakyat bahawa tindakan tersebut merupakan tindakan untuk memastikan tadbir urus yang lebih baik.
"Bagaimanapun sudah pasti akan ada pihak-pihak yang berasa jika ia dipisahkan maka kepentingan politik atau kepentingn yang mungkin melibatkan sekutu mereka itu akan terjejas.
"Mungkin pihak ini tak akan menolak tapi akan cuba menangguhkan perlaksanaannya dengan pelbagai alasan seperti mungkin belum tiba masanya atau utamakan perkara yang lain dahulu... alasan-alasan inilah yang kita percaya akan digunakan," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, cadangan untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dengan Perdana Menteri itu bukanlah satu cadangan yang baharu.
"Ia hanyalah cadangan dan kita tidak tahu sama ada kerajaan mahu laksanakan atau tidak.
"Jika C4 mahu minta Azalina jelaskan isu ini, mungkin dia boleh buat atas platform sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada perdana menteri. Tapi perlaksanaannya bergantung...," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat buat masa sekarang, kerajaan seharusnya perlu memberi fokus untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi terlebih dahulu.
"Isu ini lebih merujuk kes-kes mahkamah dan kebimbangan tercetus apabila dikatakan wujud campur tangan politik dalam perlaksanaan undang-undang, jadi itulah timbulnya cadangan supaya perkara ini dipisahkan.
"Memang perkara ini penting tapi pandangan saya dalam keadaan kita berdepan krisis kesihatan dan isu ekonomi ini saya nampak ada faktor lain yang perlu diutamakan," katanya. — Majoriti