PAKATAN Harapan (PH) Melaka akan mencabar keabsahan pembentukan kerajaan sementara berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Melaka, kata Pengerusi PH negeri, Adly Zahari.
Menurutnya, pasukan peguam dilantik PH sedang menyediakan dokumen bagi tujuan itu dan ia dijangka difailkan selewat-lewatnya awal minggu depan.
"PH tidak mengiktiraf kerajaan sementara ini dan bagaimana Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang sudah kehilangan majoriti di DUN boleh menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, supaya membubarkan DUN.
"Kami akan mencabar keabsahan kerajaan sementara di mahkamah secepat mungkin," katanya.
Adly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil mendakwa, pembubaran DUN dibuat tanpa mengambil kira pandangan kumpulan memiliki sokongan majoriti Adun.
DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu dengan pengumuman mengenainya dibuat Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, dengan mendakwa ia dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri.
Mengulas lanjut, Adly berkata, jentera PH sudah bersedia untuk merampas semula negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan.
"Jentera di seluruh negeri akan digerakkan sebaik saja ada perkembangan lanjut mengenai PRN," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan jika empat bekas Adun yang menarik balik sokongan kepada Sulaiman, menyertai parti komponen dalam PH.
Bekas Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, dan tiga lagi, iaitu Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), dilaporkan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.
Idris juga dikatakan berjumpa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, namun menafikan menerima tawaran menjadi ahli parti berkenaan. — Berita Harian