'Saya sudah menafikan ada menelefon PM'


  • Politik
  • Selasa, 12 Okt 2021

IDRIS Haron menafikan ada menelefon Perdana Menteri

BEKAS Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan beliau ada menelefon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti perbualan dalam rakaman audio yang tular di media sosial.

Menerusi suara dalam rakaman itu seakan mirip milik Ismail dan Idris.

“Saya sudah menafikan ada menelefon PM," katanya ringkas.

Individu dalam rakaman itu memaklumkan mendapat pujian dan tahniah kerana tindakannya menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dalam rakaman sama, satu suara yang dikatakan sama dengan Ismail Sabri meminta menangguhkan dahulu agenda untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Melaka kini sedang berdepan krisi politik empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Rentetan itu, Dewan Undangan Negeri kini sudah pun dibubarkan dan kemungkin bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri. — Sinar Harian