PERSATUAN Hotel Perniagaan dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) menyatakan pengumuman kebenaran rentas negeri bermula Isnin akan membantu mengurangkan kesukaran dihadapi oleh sektor pelancongan.
Presidennya, Emmy Suraya Hussein berkata, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan masih bergantung kepada bantuan daripada kerajaan untuk membantu mereka pulih semula.
Selain itu, Emmy Suraya juga menggesa kerajaan agar melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berkenaan rentas negeri.
"Bagaimanapun, SOP untuk sektor pelancongan dan perhotelan harus segera dikeluarkan bagi memastikan kelancaran operasi hotel serta kegiatan pelancongan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri selepas 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Syukri memaklumkan kementeriannya sudah bersedia untuk melaksanakan SOP tertentu bagi sektor pelancongan.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun menyifatkan pengumuman terbabit sebagai satu peluang bagi penggiat industri pelancongan bernafas kembali selepas dua tahun lumpuh akibat pandemik Covid-19.
"Bagi pengusaha sektor perhotelan, saya seru agar mereka menyaring para pekerja dengan saringan kendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan tempat penginapan mereka bebas daripada Covid-19. Ini juga diguna pakai bagi kesemua penggiat pelancongan yang berdepan dengan orang ramai.
"MATA juga ingin menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian kendiri sebelu memulakan perjalanan dalam mahu pun luar negara. Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk dan sebagainya, dinasihatkan tangguhkanlah dahulu perjalanan," jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad. — Majoriti