PM dijangka umum benar rentas negeri petang ini


  • Primer
  • Ahad, 10 Okt 2021

ISMAIL Sabri akan membuat pengumuman khas pukul 3 petang Ahad. — Bernama

KEBENARAN rentas negeri antara perkara yang ditunggu-tunggu dalam pengumuman khas Perdana Menteri pukul 3 petang Ahad.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan perkara itu selepas kadar vaksinasi kurang 0.3 peratus daripada sasaran 90 peratus untuk melanggorkan sekatan perjalanan itu.

Bulan lepas, Ismail Sabri berkata kebenaran rentas negeri dan kelonggaran lain akan diberikan jika negara mencapai sasaran 90 peratus vaksinasi golongan dewasa.

Larangan rentas negeri itu ditarik pada tahun lalu tapi dilaksanakan semula pada Januari tahun ini ekoran peningkatan kes baharu Covid-19.

Siaran langsung itu akan disiarkan menerusi RTM dan begitu juga platform media sosial. — Majoriti

Rentas negeri, PM, Ismail Sabri