ISMAIL menasihatkan rakyat supaya sentiasa patuh SOP semasa pulang ke kampung halaman.
BERITA yang dinanti-nanti akhirnya terjawab selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri berkuat kuasa pada Isnin (11 Oktober).
Beliau mengumumkan perkara berkenaan dalan satu sidang media khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Ahad.
Menurut Ismail kebenaran rentas negeri diberikan kepada mereka yang telah lengkap dua dos vaksin.
"Saya berharap agar semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang susulan kelonggaran yang diberikan.
"Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, pihak polis boleh melakukan semakan secara rawak untuk memeriksa rekod vaksinasi," katanya — Majoriti