Minta suapan RM20,000, dua kakitangan awam ditahan SPRM


  • 112
  • Isnin, 11 Okt 2021

SPRM Selangor m mengesahkan penahanan dua kakitangan awam tersebut.
DUA kakitangan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan kira-kira RM20,000 daripada pemilik sebuah syarikat swasta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia antara 37 tahun dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di sebuah restoran di Putrajaya.

Katanya, kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta wang suapan sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak membekal, menghantar dan memasang kelengkapan dan peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Selasa untuk permohonan reman. — Majoriti