WANITA itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada jam 10 pagi.
WANITA berusia 51 tahun yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun di sebuah pusat asuhan di Ampang, dijangka didakwa di mahkamah Rabu ini, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Menurutnya, wanita yang juga warga Singapura itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada jam 10 pagi.
"Siasatan sudah selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
"Arahan diterima untuk mendakwa suspek mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Berdasarkan laporan sebelum ini, mangsa dihantar ke pusat asuhan itu oleh bapanya yang juga seorang pengurus kargo berusia 36 tahun kira-kira jam 8.45 pagi pada 1 Oktober lalu.
Curiga dengan keadaan anaknya yang terdapat kesan lebam dibahu kiri dan kedua-dua mata, bapa mangsa menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar terhadap anaknya ketika kanak-kanak itu mengelak untuk makan.
Bapa mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian dan suspek yang juga pengurus pusat asuhan itu ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada keesokannya.
Suspek direman tiga hari sehingga 5 Oktober sebelum disambung reman hingga 8 Oktober lalu.
Tempoh reman suspek sekali lagi disambung mengikut Akta imigresen bermula 8 Oktober hingga 21 Oktober ini atas kesalahan pas/permit lawatan sosial tamat tempoh. — Majoriti