SERAMAI 30 individu dipindahkan ke tempat lebih selamat dan bomba mengambil masa 30 minit untuk padamkan kebakaran. — Bernama
SERAMAI 30 pesakit terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas berlaku kebakaran di dua buah wad Hospital Pantai di Shah Alam, malam Ahad.
Bagaimanapun, dalam insiden di Wad A60 dan A61 itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.38 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.
Proses memadamkan api di dua wad berkenaan mengambil masa 30 minit.
"Jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 30 orang melibatkan 12 orang perempuan, 16 lelaki. Dua perempuan iaitu penjaga pesakit kanak-kanak serta 20 kakitangan hospital yang terbabit namun tidak ada mangsa yang tercedera.
"Proses pemadaman api di dua wad tersebut menjadi mudah kerana wad kosong jadi kami hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memadam api di wad berkenaan,” katanya. — Bernama