
SEKURANG-kurangnya 13 kematian dicatatkan dan lima nelayan Iran dilaporkan masih hilang susulan kejadian taufan Tropika Shaheen yang melanda Iran dan Oman pada Sabtu.
Pengurusan Kecemasan Oman di Twitter pada Isnin menyatakan seorang mangsa yang hilang ditemukan maut di kawasan Rustaq di selatan wilayah Al-Batinah.
Hujan lebat yang dicetuskan taufan itu menyebabkan empat kematian, termasuk seorang kanak-kanak pada Ahad, lapor Agensi Berita Omi.
Dua rakyat Asia turut ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di zon perindustrian Rusayl di Muscat.
Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Oman mengarahkan semua penerbangan ke lapangan terbang Muscat dijadualkan semula.
Di Iran, Agensi Berita ICANA melaporkan enam orang maut di pelabuhan Chabahar di wilayah Sistan dan di Balochistan.
Agensi berita IRNA pula melaporkan lima nelayan hilang selepas bot mereka terkena serpihan batu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram