BANGKAI pesawat berkenaan di kawasan Amazon Agua Dulce, Pando, Bolivia. — Agensi
SERAMAI enam orang maut termasuk empat pegawai kementerian kesihatan selepas sebuah pesawat Tentera Udara Bolivia terhempas di kawasan Amazon Agua Dulce, Pando, Bolivia pada Sabtu.
Menurut wakil komander Polis Bolivia, Kolonel Luis Cuevas, pesawat tersebut terhempas tujuh minit sejurus berlepas dari perbandaran Riberalta.
"Semua penumpang dan anak kapal maut dalam kejadian terbabit," katanya kepada wartawan.
Tambah Cuevas, siasatan berhubung punca nahas tersebut sedang dijalankan.
Pesawat itu dilaporkan membawa empat pegawai yang ditugaskan untuk Program Denggi-Chikungunya.
Menurut laporan media antarabangsa, para penduduk berdekatan Agua Dulce membantu memadamkan kebakaran pesawat itu. — Agensi