Wanita maut diserang buaya di Sabah


  • 112
  • Ahad, 10 Okt 2021

MAYAT mangsa ditemukan 300 meter dari lokasi mangsa diserang buaya. — Bernama
SEORANG wanita dilaporkan maut di Kampung Serudung Laut, Kalabakan, Sabah akibat diserang buaya.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemukan pada 8 pagi Ahad oleh penduduk kampung yang mencarinya selepas wanita berkenaan dilaporkan hilang di sungai kampung berkenaan sejak Sabtu.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam Sabtu tentang mangsa diserang buaya.

"Maklumat daripada keluarga diterima dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan pada hari ini serta mangsa ditemukan penduduk kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya," kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan terbabit, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan ditamatkan pada 10.27 pagi Ahad. — Majoriti

buaya, Kalabakan, buaya, bomba