Rider penghantar makanan masih tak sayang nyawa


  • Tular
  • Sabtu, 09 Okt 2021

TANGKAP layar yang menunjukkan rider penghantar melanggar lampu isyarat yang tular pada Sabtu.
TIDAK dapat dinafikan jasa penghantar makanan atau pun makanan begitu besar buat rakyat di negara ini khususnya sepanjang pandemik Covid-19.

Banyak khidmat yang sudah dicurahkan oleh kelompok itu namun pada masa sama, kewujudan ramai rider ketika ini turut menimbulkan masalah berbeza.

Soal keselamatan jalan raya menjadi rungutan utama kepada pengguna jalan raya lain khususnya selepas melihat gelagat rider yang menunggang laju dan melanggar peraturan.

Itu juga yang dapat disaksikan menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial pada Sabtu menunjukkan beberapa buah motosikal ditunggang rider melanggar lampu isyarat.



“Fikir positif je. Mungkin rider-rider FP ini bekas pelumba Cuprix/GP yang pernah mengharumkan nama Malaysia,” menurut kapsyen yang dimuat naik pengguna media sosial Facebook.

Kejadian itu seolah-olah kelompok itu tidak sayangkan nyawa sendiri dan apa yang membimbangkan adalah berisiko membahayakan pengguna lain.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian sebenar namun menerusi info yang terdapat dalam rakaman itu, ia dikatakan berlaku pada Khamis lalu pada jam 9.23 malam.

Kebanyakan pengguna lain sedar rider terlalu mengejar job bagi mendapatkan pendapatan lebih namun persoalan adakah ia berbaloi dengan risiko yang ditanggung?

Tidak dapat dinafikan, jumlah rider penghantar di negara ini mungkin bertambah terutamanya membabitkan individu yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik.

Demi kelangsungan hidup, ramai menjadikan kerja penghantar sebagai punca pendapatan namun di sebalik kewujudan itu, sikap yang ditunjukkan jelas timbul masalah baharu.

Ramai daripada pengguna jalan raya mengeluh dengan sikap penghantar yang menunggang laju dan secara merbahaya hingga merisikokan pengguna lain. — Majoriti