Lagi insiden lawan arus


  • Tular
  • Sabtu, 09 Okt 2021

LORI berkenaan terbabas selepas mengelak kenderaan yang melawan arus. — Twitter

KEJADIAN kereta melawan arus di jalan raya terus berlaku di negara ini.

Terbaharu, sebuah lori hampir bertembung dengan sebuah kereta di laluan Kuala Selangor menghala ke Sabak Bernam, Selangor.

Menerusi rakaman perakam video yang dimuat naik di media sosial pada Ahad, lori terbabit dilihat sempat mengelak kereta tersebut namun kemudiannya terbabas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kejadian berkenaan menerima pelbagai reaksi warganet.

"Lori itu elak kereta lawan arus kan. S**l betul driver kereta itu," kata seorang pengguna Twitter, @Farridun_Z.

"Lori itu pusing tengok siapa berani potong dia," seloroh seorang lagi pengguna Twitter, @hazimhalimmmm.

"Apa-apa boleh terjadi on the road. So better get a dashcam la. Ada bukti untuk tuntut insurans," menurut pengguna Twitter, @saltareboi. — Majoriti

lori, Twitter, lawan arus, warganet