SETIAP keluarga disarankan untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum membuat sebarang aktiviti merentas negeri untuk berkumpul dengan ahli keluarga yang lain, kata Pensyarah di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Moy Foong Ming.
"Sekiranya keluarga itu mampu, lebih baik buat ujian kendiri Covid-19. Walaupun ini bukan pendekatan secara 100 peratus, namun ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan berlaku daripada pesakit tanpa gejala.
"Perkara sama turut dilaksanakan di beberapa taska yang mana mewajibkan anak-anak menjalani ujian itu setiap minggu," katanya.
Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa juga tidak membawa anak-anak ke tempat awam yang sesak kerana dalam situasi itu agak sukar untuk menjaga jarak fizikal.
"Kalau boleh, jaga aktiviti dalam kalangan ahli rumah sendiri. Sekiranya anak sudah boleh untuk memakai topeng, pakaikanlah,” katanya.
Tambahnya, ibu bapa sendiri perlu lebih prihatin memastikan kawasan persekitaran dan diri mereka juga sentiasa bersih seperti membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memberi makan dan menjaga anak-anak.
"Kalau berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan-rakan, ibu bapa perlu mengelakkan anak kecil atau bayi mereka disentuh oleh orang lain.
"Apatah lagi memeluk atau mencium anak kecil kerana penjarakan harus dijaga. Ia mungkin sukar tapi ia amat disarankan bagi mengelakkan jangkitan berlaku," katanya.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi akan menyumbang kepada peningkatan jangkitan Covid-19.
"Sekiranya kita diberi vaksin dan berhati-hati dengan SOP, maka kes tidak akan meningkat. Kita harus berhati-hati kerana pandemik masih belum selesai,” katanya.
Sementara itu, Dr Moy turut berpendapat kit ujian diri Covid-19 harus disediakan dengan mudah dan lebih murah agar ia mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat sekali gus dapat melindungi diri mereka ketika negara bergerak ke fasa endemik.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai turut bersetuju bahawa ibu bapa yang memiliki anak kecil yang belum divaksinasi bakal berdepan dilema untuk membuat perjalanan selepas kebenaran merentas negeri diumumkan kelak.
"Kebiasaannya, apabila kanak-kanak dijangkiti, keadaan mereka adalah lebih baik dan ada juga yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan secara tidak langsung mereka juga boleh menjadi pembawa virus.
"Jadi hadkanlah pergerakan anak-anak yang belum divaksinasi agar ia tidak menjadi penyebab kepada penularan jangkitan.
"Orang dewasa pun adakalanya sukar untuk patuhi SOP, apatah lagi kanak-kanak. Jadi lebih baik kurangkan aktiviti perjalanan," katanya. — The Star