BELUM reda dengan isu gangguan seksual melibatkan seorang anggota tentera terhadap seorang perempuan pembantu kedai vape, satu lagi kejadian sama mula mendapat perhatian netizen.
Kali ini mangsa gangguan seksual @nabshelby berkongsi video rakaman CCTV menerusi Twitter yang dipercayai berlaku di tempat kerja.
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, jelas kelihatan situasi lelaki terbabit (rakan sekerja) mencium kepala mangsa dengan sengaja.
Mangsa dilihat menunjukkan reaksi tidak selesa dengan perbuatan tersebut namun tidak diendahkan si pelaku.
"Anda semua mahu tahu apa yang menjijikkan, dia mahu beri saya RM50 kerana rasa bersalah dengan perbuatannya.
"Sebelum ini saya hanya biarkan pihak polis buat kerja mereka tapi bila dia (pelaku) katakan kepada kawan sekerja saya seperti dia menyalahkan saya kerana laporkan kepada polis. Dia kata 'bukan aku sentuh *** sampai nak buat laporan polis.
"Ini adalah kali ke dua dia cium kepala saya. Saya tidak kisah benda yang saya buat ini (video tular) betul atau tidak, janji saya mahu dia malu," tulisnya di Twitter.
Pada masa sama, mangsa turut memberitahu pelaku tersebut telah dibuang kerja selepas kejadian tersebut.
"Dia telah dibuang kerja serta merta. Alhamdulillah syarikat sangat memberi sokongan dan kerjasama yang baik.
"Saya harap semua perempuan di luar sana yang melalui perkara seperti saya atau lebih teruk boleh beranikan diri untuk buat benda betul dan tolong jangan takut," katanya lagi.
Pendedahan mangsa menerusi Twitter itu mendapat pelbagai reaksi dan ada juga beberapa pengguna media sosial turut mengakui mengalami gangguan seksual sama.
Pada Selasa lalu, seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun yang juga pekerja kedai vape terbabit pada mulanya didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu.
Suspek memberitahu mangsa pod vape dibelinya tidak berfungsi dan mangsa kemudian memeriksa pod vape berkenaan dan menggantikannya dengan yang baharu.
Ketika mangsa menyerahkan pod vape berkenaan, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian turut menghisap jari mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur pada jam 12.30 tengah malam Khamis. — Majoriti