Pemandu Iriz dirakam curi 'spoiler' Myvi


  • Tular
  • Rabu, 06 Okt 2021

Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mencuri komponen kereta Perodua Myvi yang tular di media sosial pada Rabu. — Facebook.

SEBUAH video yang menunjukkan seorang lelaki mencuri bahagian komponen sebuah kereta tular di media sosial pada Rabu.

Suspek yang menaiki kereta Proton Iriz hanya memerlukan satu saat untuk mencabut bahagian 'spoiler' kereta Perodua Myvi yang sedang diparkir dengan menolak komponen tersebut ke atas.

Insiden itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Puteri Nur Amirah Fakhira, di laman Facebook Info Santai Anak Utara.

Selepas berjaya mencabut komponen tersebut, lelaki berkenan terus berlalu dari kawasan kejadian bersama rakan subahatnya dipercayai sedang menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku. Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

kecurian, komponen kereta, spoiler, myvi