Kasihan lihat nasib si anak


  • Tular
  • Jumaat, 08 Okt 2021

TANGKAP layar yang sempat diambil menerusi video yang dimuatnaik sebelum dipadam pada Jumaat. — Facebook

SEPERTI yang diperkatakan, masalah penceraian akan memberikan kesan kepada banyak pihak khususnya buat anak-anak.

Itu juga yang disaksikan dalam satu video yang tular pada Jumaat menunjukkan seorang lelaki seakan tidak rela membiarkan seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya memeluk anak.

Menerusi video yang dimuat naik page Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia, dapat dilihat kedua-duanya saling tarik menarik.

Menerusi ciapan itu, turut disertakan kapsyen yang berbunyi 'Sedikit Perkongsian. Kesan kedua-dua ibu bapa apabila bercerai. Jadi mangsa adalah anak.'

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian sebenar namun daripada video berkenaan ia tidak berlarutan sehingga tercetus insiden lebih teruk.

Tiga anggota polis yang turut berada di tempat kejadian bertindak menenangkan lelaki berkenaan.

Juga dapat dilihat beberapa baris ayat yang terdapat dalam video berkenaan.

"Nak peluk anak sekejap je. Seburuk apa pun perbuatan beringatlah yang berjuang dari hamil sehingga beranak itu perempuan bukan lelaki."

Bagaimanapun, video yang dimuat naik kemudiannya dipadam. — Facebook

cerai, anak-anak, beri kesan kepada anak