MENETAP di kawasan perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah sesuatu yang dikira menguntungkan bagi penduduk Lembah Klang terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Sewa yang murah dan ruang rumah berkapasiti 700 kaki persegi adalah tarikan utama bagi kebanyakan orang.
Jika diteliti semula, sukar untuk mendapatkan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi dengan sewa cuma berharga RM124 sebulan di Lembah Klang.
Namun jika ada kebaikan tentu ada keburukan, tiada semua perkara itu indah. Isu keselamatan di PPR bagaimanapun seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berwajib seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Baru-baru ini, Majoriti melakukan tinjauan di beberapa lokasi PPR di Lembah Klang dan mendapati kebanyakan lokasi tiada pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dibuat.
Situasi itu ternyata membimbangkan dan berdasarkan tinjauan dilakukan, langkah-langkah keselamatan seperti memasang CCTV tidak 'dipraktikkan' di kebanyakan kawasan PPR, sekali gus mengundang kepada jenayah seperti kecurian dan sebagainya.
Statistik bilangan penduduk PPR yang pernah berdepan insiden kecurian. — Majoriti
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Zaiton Azman, pihak berwajib seperti DBKL perlu mengimplementasi program pengawasan komuniti di semua kawasan PPR bagi meningkatkan keselamatan di lokasi terbabit.
"Pada perspektif saya, program pengawasan komuniti adalah istimewa kerana ia merupakan satu pendekatan yang 'segar' dan proaktif serta lebih praktikal dalam cara kerja pihak polis membanteras jenayah.
"Program itu merupakan konsep pencegahan jenayah lebih dinamik yang memerlukan transformasi falsafah polis dan penglibatan masyarakat sebagai rakan perkongsian berhubung tindakan mengenal pasti serta menangani isu berkaitan jenayah dan gejala sosial dengan berkesan dalam kawasan setempat," katanya kepada Majoriti.
Tambah Zaiton, dalam peringkat falsafah, pengawasan komuniti memerlukan pegawai polis yang dilantik untuk menghadiri mesyuarat, memimpin rondaan pejalan kaki dan berinteraksi dengan ahli-ahli komuniti.
"Pegawai polis juga ditugaskan sebagai pegawai 'kekal' di dalam komuniti supaya saling mengenali ahli-ahli komuniti dan sebaliknya.
"Kerjasama bersama polis dalam melantik seorang anggota polis untuk membantu sesebuah PPR merancang strategi bagi menyelesaikan masalah jenayah yang dihadapi," ujarnya. — Majoriti