KESATUAN Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia menggesa kerajaan agar membuat pemantauan terhadap tahap vaksinasi kakitangan sektor perhotelan di seluruh negara bagi membolehkan mereka beroperasi dengan selamat.
Setiausaha Agungnya, Rusli Affandi berkata, hasil daripada pemantauannya, kebanyakan hotel masih belum mencapai vaksinasi 100 peratus dalam kalangan pekerja.
"Sebenarnya sejak awal lagi saya sudah utarakan perkara ini di mana saya mohon agar pekerja-pekerja hotel diberikan keutamaan untuk vaksin kerana mereka juga seperti frontliner.
"Tapi malangnya sehingga ke hari ini, saya dapati kebanyakan hotel tahap vaksinasi kakitangannya masih rendah antara 20 hingga 30 peratus sahaja. Pemantauan daripada pihak kerajaan juga sangat kurang," katanya kepada Majoriti.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya, sebaliknya kebenaran kemasukan pengembara bukan warganegara bergantung kepada maklumat situasi Covid-19 dari negara asal mereka
Menurutnya, buat masa ini kerajaan meletakkan syarat mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke negara ini namun sempadan belum dibuka kepada pelancong.
Sementara itu, Rusli berkata, pemberian vaksin kepada penggiat industri pelancongan dan perhotelan sangat penting bagi mengurangkan risiko kepada pekerja serta pelancong.
"Ada beberapa hotel turut menawarkan perkhidmatan kuarantin bagi pesakit Covid-19, jadi situasi ini juga beri risiko jangkitan.
"Apatah lagi dengan pengumuman untuk pembukaan sektor pelancongan, situasi ini sebenarnya sangat bahaya. Ini bukan emdemik, tapi ini mencari penyakit," katanya.
Sementara itu, Rusli turut meminta kerajaan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih telus demi kebaikan industri perhotelan dan pelancongan.
"Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan perlu membuat beberapa pemantauan untuk pastikan bahawa semua pekerja hotel sudah divaksinasi atau tidak.
"Mereka mempunyai kuasa dan kami cuma sekalu orang tengah yang hanya mampu memberi nasihat sahaja," katanya. — Majoriti