9,890 kes baharu Covid-19 direkod pada Khamis


  • Primer
  • Khamis, 07 Okt 2021

KADAR kes harian positif Covid-19 kembali meningkat dalam tempoh dua hari berturut-turut. — Agensi
SEBANYAK 9,890 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, meningkat sedikit berbanding 9,380 kes pada Rabu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,313,727 kes setakat ini.

Sarawak merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,413 kes diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993) dan Sabah (820).

Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 12,884 kes sembuh baharu direkodkan pada Khamis, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,157,565.

Selain itu, sebanyak 827 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 445 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 13 kluster baharu dicatatkan pada Khamis menjadikan jumlah kluster kepada 5,560. Daripada jumlah berkenaan, hanya 911 kluster masih aktif. — Majoriti