SEORANG pengguna Twitter meluahkan kemarahannya susulan tindakan tidak bertanggungjawab para penunggang basikal yang menghalang laluan kenderaan ketika waktu puncak baru-baru ini.
Menurut @MasturaYoshioka, laluan yang menuju ke Hospital Orang Asli Gombak, Kuala Lumpur itu sering digunakan oleh ambulans, lori, kereta dan sebagainya.
Wanita berkenaan turut menyarankan agar para penunggang basikal agar melakukan aktiviti mereka di kawasan yang tidak mempunyai banyak kenderaan.
"Bawaklah basikal itu naik kenderaan/van, mula dari kawasan Alang Sendayu, Gombak naik ke atas. Situ memang tak banyak kenderaan.
"Cara anda berbasikal pula berbahaya kepada pengguna jalan yang lain. Hang terasa? Baguslah, aku tegur baik-baik ini," ujarnya.
Teguran wanita terbabit turut disokong oleh segelintir netizen di Twitter.
"Ya betul, situ ramai sangat yang berbasikal. Jalan situ dahlah bahaya, kecil, lori banyak pula. Kita yang naik motor situ pun seram," kata @Nur1224959990.
"Nak berbasikal tiada masalah pun sebenarnya (bagi aku la kan), yang bermasalahnya mereka selalu double line lepas itu berborak sambil kayuh dengan double linenya mcm borak dekat kedai kopi, kereta lori semua besi, bukan bantal empuk," ujar @ekhonemnsr.
"Saya rasa basikal kena ada nombor plat juga. Senang sikit nak cari orang jenis macam ini. Benda boleh kayuh di tepi," kata @notilyannxi. — Majoriti