Kes Covid-19 naik, Riau batal 'gelembung perjalanan'


  • Benua
  • Khamis, 07 Okt 2021

LOKASI pelancongan di Kepulauan Riau telah dibuka kembali berikutan peningkatan tahap penguatkuasaan larangan aktiviti ke Tahap Satu. — Agensi

INDONESIA membatalkan skim 'gelembung perjalanan' dengan Singapura, yang awalnya dijadualkan pada Oktober 2021, dibatalkan berikutan lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Pada 4 Oktpber, kerajaan Indonesia memaklumkan mulai 14 Oktober, Bali akan dibuka semula kepada pelancong dari enam negara, iaitu Republik Korea, China, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan New Zealand.

Namun Gabenor Kepulauan Riau Indonesia Ansar Ahmad berkata pentadbirannya berhasrat menarik pelancong domestik ke wilayah itu sementara menunggu keputusan kerajaan pusat untuk meneruskan skim gelembung perjalanan antara wilayah itu dan Singapura.

Kerajaan wilayah telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri dan Badan Mitigasi Bencana Nasional, yang mengesyorkan kelonggaran terhadap syarat sijil ujian Covid-19 untuk melakukan perjalanan antara wilayah.

Gabenor itu mengatakan lokasi pelancongan di Kepulauan Riau telah dibuka kembali berikutan peningkatan tahap penguatkuasaan larangan aktiviti (PPKM) ke Tahap Satu.

Beliau memberi jaminan bahawa kawasan pelancongan tempatan telah menerapkan protokol kesihatan yang ketat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung dan mencegah kemunculan kluster jangkitan Covid-19. — Agensi

gelembung perjalanan, riau, batal, Covid-19