PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpandangan rakyat negara ini tidak hanya memilih seseorang calon wakil rakyat berdasarkan sesebuah parti sahaja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Jelasnya, rakyat kini lebih bijak dalam menilai kemampuan seseorang calon Adun berkenaan dan beliau berpendapat perkara itu kemungkinan besar berlaku pada PRU ke-15.
"Orang Melayu tak akan mati kalau tak ada Umno, umat Islam tak akan mati kalau tiada PAS, kaum Cina tak akan mati kalau tiada DAP," katanya merujuk kepada konsep keterbukaan diterapkan oleh Warisan.
Tidak seperti kebanyakan parti lain yang memperjuangkan kaum tertentu, Warisan mengamalkan keterbukaan untuk menerima pelbagai kaum dalam parti itu, sekali gus menjadi kunci keharmonian perpaduan di negeri itu.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai strategi Warisan pada PRU ke-15, Mohd Shafie berkata, beliau tidak akan melihat 'kepompong' di Sabah sahaja tetapi mahu melebarkan sayap parti tersebut ke bahagian Semenanjung Malaysia.
"Tidak bermakna Warisan akan bertanding di semua negeri, cuma melebarkan sayap sahaja.
"Banyak perkara perlu diteliti juga dalam usaha memperkuatkan Warisan sebagai sebuah parti menjelang PRU ke-15," ujarnya dalam sesi wawancara khas secara dalam talian bersama Majoriti pada Selasa.
Tahun lalu, Mohd Shafie menyuarakan hasrat untuk membuka cawangan atau bahagian di Semenanjung bagi memudahkan urusan masyarakat Sabah di tanah besar.
Katanya, Warisan akan bertapak di kawasan yang mempunyai populasi masyarakat berasal dari negeri itu yang ramai di Semenanjung dan langkah yang bakal dilakukan parti itu adalah perkara yang dibenarkan dalam Perlembagaan negara.
Dalam perkembangan berlainan, Mohd Shafie memaklumkan ahli Parlimen Lahad Datu, Sabah, Datuk Mohamaddin Ketapi ada berbincang dengannya tentang isu memorandum persefahaman (MoU) bipartisan dengan kerajaan Persekutuan.
"Pada pandangan saya, walaupun MoU itu tidak ditandatangani oleh mana-mana Adun, peruntukan kepada Adun tetap perlu diberikan.
"Ini soal kepentingan rakyat dan negara. Peruntukan itu perlu diberikan tidak kira sama ada Adun berkenaan daripada parti kerajaan atau pembangkang, tidak perlu ada syarat.
"Sebagai contoh, kerajaan Persekutuan perlu beri RM100,000 kepada semua Adun di Sabah," tegas beliau.
Pada Isnin, Mohamaddin memberi bayangan akan menandatangani MoU bipartisan tersebut supaya peruntukan parti pembangkang dapat disalurkan kepada rakyat.