'Bukan nak tolong tapi sibuk nak rakam'


  • Tular
  • Selasa, 05 Okt 2021

VIDEO berdurasi 27 saat itu memaparkan seorang pemandu dalam keadaan tidak stabil turun dari lori selepas terbabas. — Facebook

"BUKAN nak tolong tapi sibuk rakam," itu merupakan kecaman netizen kepada individu yang memuat naik video pemandu lori yang terhuyung hayang selepas terbabas di bahu jalan.

Video berdurasi 27 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial Facebook Muhammad Amirul Hafiz dan turut dikongsi dalam akaun Facebook Info Santai Anak Utara.



PEMANDU berada dalam keadaan terhuyung hayang dan terjatuh semasa mahu melihat keadaan lorinya. — Facebook

Dalam video itu dipaparkan seorang pemandu dalam keadaan tidak stabil turun dari lori selepas terbabas di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Perakam video itu menyuruh pemandu berkenaan untuk turun daripada lori dan bertanya kenapa dia boleh terbabas.

Bagaimanapun melihat kepada keadaan pemandu yang terhuyung hayang dan terjatuh dihadapannya, perakam menyatakan dakwaan bahawa pemandu itu 'pening' (khayal) dan lorinya telah melintangi jalan raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di utara Semenanjung Malaysia memandangkan perakam menggunakan loghat utara semasa bercakap dengan pemandu.

Video berkenaan mendapat perhatian warga Facebook yang memberikan lebih 450 tanda respon dan dikongsi semula sebanyak lebih 440 kali.

Rata-rata netizen mengecam tindakan perakam dan menyatakan bahawa sepatutnya dia menolong pemandu itu daripada merakam kejadian itu.

Netizen turut membela pemandu itu dengan mengatakan mungklin hentakan ketika terbabas menyebabkan keadaannya sebegitu.

Salah seorang pengguna Facebook, East Nadwzir Towing berkata bahawa pemandu mungkin berada dalam keadaan panik dan mungkin berlaku sedikit hentakan.

Seorang lagi pemilik akaun Firdaus Haiqal pula berkongsi bahawa dia kenal dengan pemandu tersebut dan dia percaya lelaki berkenaan bukan 'mat gian'.

Pemilik akaun Fyra Ismail juga berkongsi bahawa mungkin pemandu dalam keadaan terkejut sama seperti yang dialaminya ketika kemalangan sebelum ini. — Majoriti

lori, terbabas, rakam, kecam, viral, utara