'Bayangkan kalau tersangkut kuku dalam usus kecil'


  • Tular
  • Selasa, 05 Okt 2021

FOTO cebisan kuku yang dikongsi oleh netizen. — Twitter
KEBERSIHAN makanan di restoran perlu dititikberatkan oleh para peniaga agar tidak mengundang respon negatif daripada pelanggan.

Baru-baru ini, seorang pengguna akaun Twitter, @Tok_Tek berkongsi gambar cebisan kuku yang 'tertinggal' dalam sebiji karipap.

Ciapan itu turut menerima respon daripada seorang lagi pengguna Twitter, @mimimarinajaaf1 yang berkongsi pengalamannya sendiri.

"Pernah terus tegur pekerja Indonesia supaya potong kuku kalau nak berniaga. Warga lain juga perlu ditegur sebelum membeli makanan, perhatikan fizikal mereka.

"Pengalaman sendiri, sejak ternampak pelayan makanan Restoran Kudu di ibu kota berkuku panjang, sejak itu tak layan lagi.

"Bayangkan kalau tersangkut (kuku) dalam usus kecil, boleh kena apendiks," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @En_Blue_Bird meninggalkan komen berseloroh pada ciapan berkenaan.

"Selain ada perasa kuali, kini ada tambahan extra kuku pulak," ujarnya. — Majoriti

Twitter, karipap, kuku