Lupa check-out, wanita tiba-tiba berstatus kontak kasual di MySejahtera


  • Tular
  • Ahad, 03 Okt 2021

TANGKAP layar aplikasi MySejahtera seorang wanita yang bertukar kepada warna kuning akibat terlupa menggunakan fungsi check-out baru-baru ini. —Twitter

GARA-GARA terlupa menggunakan fungsi pendaftaran keluar atau check-out baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila mendapati status aplikasi MySejahtera miliknya bertukar daripada biru kepada kuning.

Menurut hantaran di laman Twitter, Wan Nur Shamimi berkata, dia mendapat notifikasi yang menyatakan dirinya sebagai kontak kasual tidak bergejala, berdasarkan masa dan tempat pendaftaran masuk atau check-in di premis yang pernah dimasukinya sebelum ini.

“Kalian mana yang jenis leka nak check-out lebih baik buat selepas ini. Betul-betul bagi pengajaran buat saya kali ini. Berhuhu la sampai 10 hari.

“Dia keluar begini ya. Terus tukar jadi status kuning. Walau dari kedai lain nak ke kedai lain masih kena check-out. Check-out dulu baru check-in,” katanya pada Sabtu.

Hantaran itu diulang kicau lebih 1,600 kali dengan ada beberapa pengguna Twitter turut berdepan masalah sama selain ada yang menyediakan panduan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya buka history banyak rupa-rupanya kedai tidak check-out,” komen Ainnur Akasyah.

“Lupa hendak check-out dari bank tiga hari. Mesti MySejahtera ingat aku sudah kutip jutaan ringgit,” gurau Nody.

“Kalau awak sihat cuba awak jawab semua soalan tentang Covid-19 selepas itu awak klik refresh,” cadang @maktiri.

“Boleh klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru. Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko dan dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan,” jelas @thisIsArepp. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MySejahtera, check-out, Twitter,