Sempat cuba curi motor waktu hujan


  • Tular
  • Khamis, 30 Sep 2021

DUA individu itu bertindak melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh jiran tetangga. — Agensi

SATU rakaman video membabitkan dua individu cuba mencuri sebuah motosikal ketika waktu hujan di sekitar Taman Selaseh Fasa 1, Gombak, Batu Caves, Selangor tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 28 saat itu, dua individu berkenaan dilihat memakai baju hujan dan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Bagaimanapun cubaan mereka gagal selepas ada saksi yang melihat kejadian tersebut.

Dipercayai, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2 petang pada Rabu.



Kredit — Facebook Asal Gombak



Perbuatan dua individu tersebut menerima kecaman para netizen di media sosial.

"Sekarang ini mereka buat kerja waktu hujan. Makin tak selamat bila parking atau letak benda berharga di luar rumah. Jadi kita harus lebih berhati-hati," kata seorang pengguna Facebook, Muhammad Hanif.

"Semoga korang dapat hidayah, sudah-sudahlah tu menyamun sebelum ajal menjemput," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Azlan Senin.

"#PDRM #ipdgombak, buat apa tu roadblock ke? Dalam taman lagi banyak pencuri ini," kata pengguna Facebook, Mohd Amin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram