'Geram pula tengok video ni..Oh Malaysiaku'


TANGKAP layar menunjukkan ada individu bertindak ganas terhadap polis bertugas. — Facebook

SERAMAI empat individu ditahan bagi membantu siasat berhubung berhubung insiden 30 individu menghalang dan menyerang anggota polis di berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan.

Mengikut kenyataan dikeluarkan pihak polis, kehadiran jentera di kawasan berkenaan hanyalah untuk membina pagar penghadang bagi membina jalan.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 11.45 pagi hingga jam 4 petang itu, semalam, situasi tegang tercetus dan menerusi video yang tular dapat dilihat ada yang bersenjatakan kayu dan bertindak kasar dengan penguatkuasa.

Insiden berkenaan itu menarik minat netizen di media sosial yang merasakan pihak berkuasa tidak layak diperlakukan seperti itu.

Ramai daripada komen di Facebook mahu individu berkaitan dikenakan hukuman kerana menghalang tugas penjawat awam.

kecoh

“Halang penjawat awan semasa menjalankan tugas pun dah terang-terang salah. Tangkap jer sumbat dalam lokap,” kata seorang pengguna Facebook, Nuramirul Sham.

Ada juga yang mahu pihak berkuasa supaya tidak berlembut ketika berdepan situasi seperti itu.

kecoh1

“Jelas sekali satu insiden yang sangat memalukan dan mejatuhkan maruah pdrm. Siap dengan bangganya ‘nganjing’ pegawai polis yang bertugas,” kata Kamarul Ariffin Mansor.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, kesemua individu berusia 19 tahun hingga 50 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes di siasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya melalui kenyataan pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

amuk, rusuhan, Salak Selatan, tokong