117 saman dikeluarkan pada Op Samseng Jalanan


  • 112
  • Ahad, 26 Sep 2021

RAMLI turut memaklumkan 74 individu ditahan dalam operasi selama lapan jam itu. — Bernama

POLIS Pahang mengeluarkan 117 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Samseng Jalanan sekitar negeri itu pada Sabtu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis turut menyita 20 motosikal dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 2 petang itu, yang memberi tumpuan kepada beberapa lokasi di Pahang, antaranya di Kampung Kempadang dan Beserah.

"Antara saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan mengubah suai kenderaan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Operasi yang disertai lebih 40 anggota dan pegawai polis itu turut menyaksikan 74 individu berusia antara 10 dan 28 tahun ditahan bagi tujuan dokumentasi sebelum dibebaskan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram