Pemandu mabuk lawan arus 3 kilometer


  • 112
  • Rabu, 15 Sep 2021

TANGKAP layar video yang tersebar pemandu Vios memandu lawan arus di KESAS. — Facebook

POLIS menahan seorang lelaki yang memandu secara melawan arus sejauh tiga kilometer dari susur Bandar Puteri sehingga Tol Kota Kemuning di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), tengah malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian kira-kira 12.01 tengah malam itu, peronda lebuh raya menerima aduan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu secara melawan arus di KM23 hingga KM20 di lebuh raya tersebut.

Katanya suspek berusia 36 tahun itu kemudian ditahan oleh peronda lebuh raya.

Shamsul Amar berkata hasil ujian yang dilakukan di Balai Polis Trafik Klang Selatan mendapati lelaki itu di bawah pengaruh alkohol serta mempunyai tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram